Saya Dermawan
‘assalamualaikum…’
aik, siapa pulak bg salam
nih…elok2 aku tgh layan minum dgn *karim(identity dirahsiakan atas sebab2
privacy)…
‘waalaikum salam…ye?’
‘saya dr kedah nak mintak derma
untuk membiaya pembinaan masjid di kawasan *Lapit’(dirahsiakan juga kerana saya
pun tak ingat di mana)
aih…kacau betul..potong stim jek
aku nak lepak…
‘saya pun tak cukup duit ni bang,
takpe la ye bang…sori’ apa punya alasan da aku bg.. walaupun alasan aku boleh
dikategorikan sebagai alasan cacat, aku tetap dengan pendirian aku tak nak bg
derma kpd abg tu.
‘takde duit tengkorak lu, tu nasi
goreng ngan fresh orange kat atas meje ko tu nak bayar pakai apa…takde duit
konon..ptuih’ erk…ter’imagine’ plak apa yg abg tu sedang fikirkan…aku bole
jamin 100% dia akan fikir begitu terhadap aku…kejam sungguh.
Sebenarnya bukan tak mahu nak menderma. aku cukup anti orang
yg minta derma atas nama agama. Buat masjid mintak derma , buat sekolah agama
mintak derma, nak pergi belajar agama pun mintak derma. Kita yang mahukan jalan
pintas ke syurga dengan segera memberi derma. Biasanya singgit. Murah benar
harga syurga bagi kita.
Ada juga minta derma mahu sambung belajar. Kalau dah tau tak
cukup duit , pergi kerja.kumpul duit dulu.bila dah berduit, jangan beli hanset
…atau motor walaupun ramai awek2 sukakan mat motor. (cool sangat kah mat
motor?). Kalau terdesak sangat nak pergi, kumpul duit tiket pastu pergi la
sana. Pastu kerja sambil belajar di sana. Hindarilah sikap yg bergantung kepada
simpati org lain. Kalau tak mampu sewaktu muda, takpe. Pergi semasa dah
bersedia. Umur bukan penghalang. Umur dah pencen pun boleh belajar agama.
Lepas ini jangan la pula berhenti memberi derma-walaupun
hati kecil kamu terpengaruh dengan kata2 penulis yg hensem ini. Jgn salah
faham. Bermurah hatilah memberi derma. Jangan MINTA DERMA.
P/s: maafkan saya jika ada hati yg terluka. Ingat, saya
bukan anti-agama, saya anti-peminta derma yg menggunakan nama agama. Dan juga
anti-mawi.