Realiti Vs Kreatif
Akhirnya, saya telah berjaya menonton filem da vinci code
yg dikatakan penuh konterversi. Saya pelik, ramai yg huru hara ingin menonton
filem ini. Dan yg paling pelik sekali, ramai rakan saya yg sudah memberi
komen mengenai filem ini walaupun
mereka tidak pernah pun menonton atau membaca novel da vinci code. Mereka
sekadar me’replay’ balik apa yg dikomen di suratkhabar mengenai da vinci code.
Gaya mereka pula mengalahkan editor the new york times yg biasanya akan memberi
komen utk buku2 yg terkemuka. Barangkali mahu kelihatan hebat serta
berpengetahuan luas. Yg paling afdal sekali, mereka akan bercerita
berkobar-kobaran lebih2 lagi apabila gadis cantik yg bertanya mengenai buku da
vinci code.
Nak kelentong pun beragak la
sedikit.
Kata hati saya. Saya tidak mahu
pecahkan tembelang mereka di khalayak org ramai. Saya kan penulis yg baik serta
tenang. Malah sangat kacak.
Ish, kan dah lari topik.
Sebenarnya saya mahu bercerita mengenai da vinci code ini. The da vinci code.
Menurut pope, buku ini adalah dusta. Sama juga kepada arroyo. Kalau boleh mahu
sahaja tembak penulis buku ini, Dan Brown. Menurut ceritanya2, da vinci code
ini mengatakan Jesus Christ berkahwin dgn Mary Magdalene dan mempunyai anak.
Ini sememangnya jauh terpesong dr ajaran asal kristianisasi dan jika perlu
dikaji juga, juga melanggar fahaman ajaran Islam. Buku ini dikatakan
menyertakan misteri dan konspirasi2 yg belum diselesaikan sejak zaman jesus.
saya menggunakan perkataan jesus kerana tidak mahu menyamakan Jesus (spt didlm
da vinci code) dengan Nabi Isa a.s. Nabi Allah lebih tinggi darjatnya. da vinci
code ini dikatakan mendatangkan penyelewengan pegangan katolik kristian dan
perlu diharamkan.
Penulisnya pula mengatakan ia
adalah fiksyen semata2. Bererti hanyalah penulisan kreatif semata2. ketahuilah
sekarang betapa nipisnya garisan pemisah antara tulisan kreatif dengan tulisan
realiti. terkontang kanting org2 kristian sekarang hendak mengharamkan buku
serta filem ini. Sekarang mereka tahu apa padahnya betapa kebebasan media boleh
memburukkan atau menghuruharakan kepercayaan atau agama. Dahulu bila isu kartun
Rasulullah, dikatakan ‘kebebasan media’. Sekarang ‘kebebasan media’ itulah yg menikam mereka semula. Bezanya dulu
kartun, sekarang buku serta filem. Tidakkan mereka kelihatan seperti sekumpulan
badut. Badut kebebasan.
Sekarang apa lagi yg akan menjadi
mangsa kebebasan media. Fikirkanlah. Berapa lama lagi kita mahu berfikiran
tertutup sebegini. Bila dipersoal sedikit mengenai pemikiran , laju sahaja
mengatakan yg pemikiran sekular adalah yg terbaik buat masa kini. Pemikiran
sekular inilah yg mengetepikan agama dr kehidupan seharian. Agama dianggap
sebagai sekadar suatu fahaman, bukan sebagai suatu cara hidup yg merangkumi
semua aspek kehipuan kita. Ingatlah pemikiran2 yg bebas sebeginilah membawa
kepada insiden2 yg boleh memalukan agama. Mungkin kerana inilah Tuhan memberi
larangan2 tertentu kepada umat manusia supaya kehidupan kekal harmoni.
P/s saya hanya menonton filemnya
sahaja, saya tidak membaca bukunya. Mungkin bukunya lebih menarik. Jadi secara
keseluruhannya, filem ini membuatkan saya bosan.mungkin kerana pelakonnya,
mungkin kerana rambut tom hanks. Mungkin kerana jalan ceritanya. Saya
meratingnya - 6/10.