Logikalisme
Kawan saya , William Sundang* (nama sebenar beliau di tempat asal beliau dirahsiakan) adalah antara kawan saya yg suka bercerita. Kadangkala ceritanya amatlah memeranjatkan saya. Ceritanya merangkumi dr cerita2 yg agak logik sehinggalah kepada cerita2 yg langsung tidak masuk akal. Dari cerita bagaimana dia membelasah 7 org yg sama taraf dgnnya sehinggalah kepada cerita bagaimana dia terserempak dgn hantu minyak. Erk, pertama kali saya mendengar mengenai hantu minyak. katanya hantu minyak akan mengacau org2 tertentu yg berada di semua platform2 minyak di kawasan tersebut.Walaupun saya mengakui beliau adalah org yg mempunyai pengalaman tggl di tgh lautan yakni telaga minyak selama lebih 10 tahun, tapi tidak semua cerita boleh dipercayai. Mungkin inilah bahana tggl di tgh lautan terlalu lama.
Ko ingat aku ni budak darjah satu ke nak percaya kat ko?
Tempik hati saya ketika beliau mula bercerita yg bukan2.
Aii tapi bukan senang tahu. Mengiakan cerita kawan hanya untuk mengelakkan perbalahan adalah satu kerja susah. Saya cuma mampu menganggukkan kepala apabila William Sundang dengan seriusnya bercerita bagaimana beliau dan rakan sekampungnya dahulu dibawa lari oleh hantu sampan dan menjadi terkenal setelah dilepaskan oleh hantu sampan tersebut. Rumah beliau dahulu berdekatan dengan sungai.
Hantu sampan pulak?
Dalam nada separuh bergurau saya bertanya “pernah jumpa ikan duyung kat laut
Sarawak nih?”
Dgn selambanya beliau menjawab “yeah…once” beliau pandang ke arah laut sambil rokok di mulut beliau. Saling tak tumpah
gaya beliau seperti Chuck Norris yg berhidungkan Pinocchio. Cuma misainya sahaja seakan2 Datuk K. (damn Datuk K!)
Sambil tersenyum(sdg tahan ketawa sebenarnya) saya bertanya bagaimana rupa ikan duyung tersebut adakah ia cantik?
Bagaimana wajahnya? Topless ke tak?
Yalah, sepanjang masa kecil saya di buku2 semua menunjukkan ikan duyung cantik2. semuanya mempunyai rupa org putih. Dengan serius dia menjawab yang dia belum pernah berjumpa dengan ikan duyung yg berwajah hodoh. Yg beliau pernah melihat adalah yg berwajahkan perempuan org putih berbadankan sisik yg amat cantik. Dan paling penting sekali, rambutnya mencecah paras pinggang dan sekaligus menutupi bahagian buah dada. Cis!
Katanya lagi, ikan duyung tersebut juga berasal dr pulau yg berhampiran. Katanya lagi air laut di pulau itu adalah lebih pekat kemasinannya berbanding air laut biasa. Ikan duyung air masin kot. Apabila saya tanya ikan duyung air masin itu bercakap dalam bahasa apa, dia terdiam. Saya tidak puas hati dan terus bertanya lagi, adakah ikan dyung ikan masin tersebut berenang bersama pasangannya atau bersendirian. Saya fikirkan tentang evolusi ikan duyung ikan masin tersebut, bagaimana hendak meneruskan keturunan jika tiada pasangan.kemudian dengan perlahan beliau menjawab entah. Saya ternampak sedikit tanda keter’kantoi’an pada wajah beliau.
Saya mempunyai 2 perkara yg perlu difikirkan dgn jelas.
Satu
Mengapa agaknya ikan duyung mesti berwajah org putih? Adakah org putih(org barat) symbol kecantikan wanita? Rasa2nya org putih adalah symbol kecantikan. Lihat sahaja di iklan2 kosmetik. Penuh dengan model2 org putih tak kira laki atau perempuan. Biasanya wanita org putih digambarkan dlm filem2 amat cantik dan anggun. Serta seksi. Mereka2 ini akan kekal cantik sepanjang cerita tersebut kecuali jika cerita yg hendak disampaikan itu berunsur seram. Seolah2 org lain di dunia tak setanding dengan mereka dalam hal2 kecantikan.
Dua
Kenapa makhluk2 seperti ikan duyung atau org bunian dianggap sebagai cantik.
Cuba tanya sesiapa yg pernah `diculik` oleh makhluk2 pelik. Mesti di akhir cerita mereka, mereka akan dipaksa kahwin dengan anak perempuan ketua kaum org bunian yg sememangnya digambarkan amat2lah cantik. Kacak sangatkah manusia2 yg mendakwa diri mereka diculik dan dipaksa kahwin itu? Yg pasti, saya lebih kacak dr mereka2 semua.
Ketahuilah bahawa manusia2 yg mendakwa pernah diculik dan dipaksa berkahwin adalah org yg paling tidak kacak di dunia dan paling ‘loser’ sekali. Kononnya hendak hebahkan kpd dunia bahawa dia adalah duta manusia yg paling kacak. Bodoh sungguh majalah2 yg mensiarkan cerita2 ‘penculikan’ manusia oleh makhluk bunian. Tapi kenapa majalah2 sebegitulah yg membanjiri kedai2 majalah? Kenapa rakyat masih membeli majalah2 sebegitu? Rakyat Boleh..atau bodooh?
Tapi,
Apakah kene mengenanya dgn politik ? kebanyakan ahli politik ngr kita adalah seperti org2 yg di’culik’ oleh org bunian. Mereka mempunyai ilmu dan kuasa magik yg mampu mengadakan apa yang tiada dan menghilangkan apa yang ada. Ilmu penaakulan mantik mereka juga amat hebat. Contohnya, bila ditanya kenapa projek2 pembangunan mega atau projek rakyat terbengkalai, mereka mengatakan kerajaan tidak cukup duit. Sehinggakan hendak membina jejantas demi keselamatan rakyat pun, kerajaan fikir panjang.Tapi pembinaan kompleks sukan (yg saya amat yakin tidak akan memberi sumbangan kepada negara atau atlet2 negara) di Kota London yg bernilai setengah billion ringgit di teruskan. Kalau disalurkan duit itu untuk membina sekolah, sudah tentu lebih 100 sekolah sudah boleh disiapkan.derma satu juta setiap masjid pun, cuba kira berapa bnyk masjid yg akan mendapat manfaat.
Rakyat, bukalah matamu.
Walau apa pun kata William Sundang, saya menghormatinya kerana dia adalah seorang pekerja yang amat effisyen dan cekap. Saya bangga apabila dia memperkenalkan saya sebagai kawannya kepada rakan-rakan nya. Cuma saya menjadi tidak selesa apabila berkumpul, kawan2nya akan mula bercakap dialek yg tersendiri. Sebagai gambaran situasi sebenar saya ketika itu kepada pembaca2, bayangkan anda sebagai org johor atau org negri atau org selangor berkawan dgn sekumpulan org2 kelantan yg bertutur bahasa ‘kelantan’ sepanjang masa. Terasa terpinggir bukan?
p/s Maaf kerana lambat mengupdate blog pada kali ini. Saya tahu ramai yg tertunggu2 tulisan penulis yg kacak serta tenang ini.