Jeritan Maya

Posted on September 7th, 2006 in Uncategorized by reedu

Saya tidak berniat untuk menulis
hari ini, tetapi demi untuk mengekalkan populariti dan ditambah pula terlihat blog
seorang gadis yg meluahkan cintanya di alam maya, saya menjadi sangat teruja. Teruja secara total. Sungguh diversity sekali
fungsi blog. Kagum. Sungguhpun begitu, ratapan2 pembaca blog penulis kacak ini
juga tidak dilupakan. Sampaikan ada yg menelefon penulis kacak ini bertanyakan
kenapa tidak mengupdate blog ini . Terharu sungguh. Terharu kerana mereka
mempunyai masa untuk membaca blog selain dr menonton rancangan2 realiti yg
memakan kredit telefon mereka. Syabas inspector sahab syabas.

 

Kembali kepada topik asal.  Kerana kebosanan secara maksima memaksa penulis
kacak ini membaca beberapa blog belia2 sekarang, yakni yg dikenali atau yg
langsung tidak penulis kenal. Rata2 penulisnya mmg tidak kacak atau cantik.

 

Ini adalah rumusannya.

 

Kenapa orang (lain yg tidak kacak/cantik) menulis blog:-

Satu

 

Penulis blog itu tiada teman
berbicara maka dia berbicara seorang diri di depan pc. Berkemungkinan kurang
mendapat perhatian semasa kecil menjadikannya cenderung untuk meluahkan
perasaannya di alam maya. Kemudian dia baca komen2 dr orang lain - tersengeh,ketawa,marah.Ada gaya sewel sedikit.

Dua

 

Memang penulis blog itu sewel.
Contoh: dia tidak kacak sebenarnya tetapi mengaku dia kacak sekali tiada
tandingannya. (Memang tidak dinafikan tentang reliti dunia kini-tidak ramai di
dunia ini mempunyai wajah yg kacak seperti penulis blog ini)

Tiga

 

Penulis blog itu punya dua
personaliti. Di alam maya dia Superman, tapi di luar  sana hanyalah sekadar mat supir.(sila lihat kamus  bahasa indonesia untuk mengetahui makna supir)

Empat

 

Dia mahu mengikut jejak langkah
penulis blog kacak ini untuk menjadi org yg popular dalam masa yg singkat. Jika
ada sesiapa yg mahu menjadi popular seperti penulis kacak ini, silalah beritahu
saya. Saya tidak kedekut. Saya bukan seperti datuk K.(grr..)

p/s realiti: Sebenarnya, sesiapa saja penulis blog itu, dia telah mengilmukan
orang lain. Paling tidak dia menghibur. Syukur. Kepada semua penulis blog, jgnlah
menjadikan blog sebagai ruangan meluahkan cinta anda. bukan sahaja memalukan
diri anda sendiri, malah tergores imej penulis2 blog yg lain termasuklah penulis kacak ini di mata org lain.