Praktikaliti
Ya! Saya amat gembira hari ini. Setelah lama tidak menulis blog kerana kekurangan masa walaupun sebab utamanya adalah kerana kekurangan idea. Sayakan seorg penulis kacak yg cintakan idea2 yg bersifat provokasi. Sungguh mengecewakan bila saya melihat idea2 provokasi atau pandangan2 yg tidak konvensional seringkali dianggap sebagai suatu kesalahan. Kita memekik bertekak mengatakan untuk menjadi masyarakat maju, kita perlukan pemikiran bukan konvensional , walhal dihati kita masih berpegang kepada pemikiran yg boleh diklassifikasikan sebagai ortodoks. Kenapa?
Kes 1
Sepanjang seminggu yg lepas, kawan saya Azim Farhan* mengajak saya memohon kad kredit dari salah sebuah institusi kewangan yg dikatakan bercirikan ‘islamik’. Penat saya menolak tawaran beliau kerana saya berpendapat saya sudah ada kad kredit, membazir saja. Cawangannya pula agak sedikit yg bakal membuatkan saya susah untuk membuat pembayaran kelak. Dan tidak bnyk keekslusifannya atau keistimewaannya berbanding dengan kad kredit yg sedia ada. Dan, akhir sekali beliau hanya mampu mengatakan saya sengaja tidak mahu memohon kad kredit dr bank yg bercirikan islam itu hanya kerana saya berfikiran sekular. Adakah tuduhan itu menyedapkan hatinya? Samdol sungguh beliau.
Kes 2
Bulan lepas, kawan saya yg bekerja di Kuantan mengajak saya dan bbrp rakan yg lain untuk menunaikan ‘ritual’ biasa kami iaitu dalam bhs mudahnya melantak sampai kembung perut di restoran hartz yg menyediakan buffet ayam. walaupun kami tidak segagah dahulu, tapi kami masih mampu membuatkan restoran itu rugi dengan kerelatifan duit yg kami bayar. Selepas selesai, kami terus ke surau. Kami mengambil keputusan untuk berehat di dalam surau selepas selesai bersolat kerana ‘tangki’ kami agak penuh ketika itu. Seketika kemudian, datang 2 lelaki arab(Ya..org arab!) masuk ke dlm surau sambil memakai seluar pendek. Pada saya sudah dianggap kurang ajar jika masuk ke dlm surau dgn keadaan sebegitu. Yg paling mengejutkan saya adalah, mereka berdua bersembahyang Asar dengan memakai seluar pendek(paras atas lutut). Tidakkah mereka tahu walhal aurat? Sambil terkejut melihat mereka, saya cuba memberanikan diri untuk bertanya adakah menjaga aurat ketika bersolat tidak wajib bg mereka. Bila saya memikirkan tindakan saya itu bakal melanggar tradisi dan budaya rakyat Malaysia (tidak mengambil tahu hal org lain dan tidak suka menyoal org lain) dan yg paling penting, juga risau muka kacak penulis ini bakal dicalari dengan penumbuk arab, saya mengambil keputusan untuk diam sahaja. Saya masih kacak lagi.
Kes 3
Beberapa minggu lepas, saya sempat keluar bersama rakan2 ketika belajar di sekolah rendah dahulu. Yg bergigi besi , berhingusan dahulu, sudah berubah kpd gaya ala2 model. dulu yg bertudung, sekarang sudah hilang entah kemana. Yg berseluar dahulu, kini sudah ke tahap mini skirt. Kagum saya melihat perkembangan mereka (secara fizikal khususnya). “err, makin besar ko ni ek…” tanya saya kepada Elyana* sambil satu tangan sedang garu kepala dan satu lagi sedang menutup hidung bg menghalang darah mengalir keluar dr hidung ketika itu. “besar?” ternaik bulu kening sambil memandang ke arah penulis kacak ini. “maksud aku, dulu ko kecik, cute2, pendek jek…skang dah tinggi lampai…tapi still cute lagi la.” susah woo nak kaver..terpaksa puji sket.. “ko pun dah besar jugak” balas elyana dgn tersipu2. saya tahu dia sudah mula tertarik dgn kekacakan penulis ni. Yezza! Gulp. Dipendekkan ceritanya, ketika hendak membeli tiket wayang, wujudlah suatu keadaan dimana waktu wayangnya bertentangan dengan waktu sembahyang maghrib. Di disitu wujudlah konflik dimana jika mahu tgk wayang , maka tidak dapatlah bersembahyang maghrib dan ‘vice versa’. Yg peliknya tiada siapa yg membantah pembelian tiket pada waktu tersebut. Dlm 7 org itu, 4-org adalah perempuan yg mengaku mengalami kebocoran ‘sanitasi’. Jadi , perempuan2 tu semua dimaafkanlah. Awang* pula adalah org yg pertama setuju untuk tidak mahu sembahyang maghrib. Ada pula yg kata memujuk, “setuju je la..tak cool la kalo kite tak amik tiket tu skang. Nampak menggelabah la depan awek2 nih.kang terasa plak diorg nih.nnt kalo ada masa, kita jamak je la..bukan dosa besar pun.”
Menggelabah kepala hangguk ko.
Saya bukannya mengkritik kamu2 yg tidak mahu bersembahyang ataupun menasihati kamu untuk kembali kepada jalan benar Tuhan. Saya tidak kisah pun kamu ini nak sembahyang atau tak . kamu nak pakai seluar pendek ke atau mahu berbogel sahaja , saya tidak peduli langsung. Tapi , saya hanya terkilan melihat penghinaan terhadap agama saya. Kalau kamu2 tidak mahu bersolat ke, tidak mahu derma ke ,tidak bayar zakat ke…peduli apa saya. Janji jgn hina agama sudahlah. Tidak dikira dosa pun kalau tidak melabur ke dalam bank berteraskan islamik. Tidak pula kita dibenarkan mendirikan sembahyang semasa kita tidak menutup aurat. Adalah dosa jika meninggalkan sembahyang dan adalah lebih berdosa jika mengatakan perbuatan meninggalkan semnbahyang tidak berdosa.
Kenapa?
Ketidakfahaman mengenai Islam biasanya datang dari orang Islam sendiri. Kenapa? Tidak setuju? Peduli apa saya. Pada pandangan saya, org2 yang bukan Islam khususnya biasanya melihat Islam dari penghayatan org Islam sendiri. Apabila sesetengah orang Islam bercerita tentang agungnya Islam, tentang indahnya Islam sambil bercekak pinggang dengan mendagu ke langit, maka sudah tentu org2 tidak tahu mengenai Islam akan mengganggap org Islam mmg suka menunjuk2 atau lebih tepat diklassifikasikan sebagai ‘poyo’. Kadangkala mereka akan menggunakan perkataan2 bombastik untuk menarik perhatian. Konon2nya alim taraf tinggi la tuh. Jarang benar saya melihat org2 sebegini bercerita dgn mengaitkan Islam dengan kehidupan seharian seperti mengaitkan dengan rutin harian kita. Bila timbul perbalahan, mulalah hendak diperjuruskan hadis2 yg mmg tiada kaitan dgn situasi pada masa itu.
Apa kamu ingat ni pertandingan silat ke?main keluar jek semua jurus2 yg ko ada.
Jarang sungguh saya melihat org2 sebegini melihat Islam dari sudut2 yg praktikal dan benar. Sampaikan hendak berserban ke sekolah pun dijadikan isu. Budaya dengan agama pun tak tau nak beza.Lain la kalau isu bertudung ke sekolah. Mangkuk ayun sungguh.Walaupun begitu, tidak pernah sekalipun selama saya disini ada yang sampai hati untuk memperkecilkan kepercayaan dan juga Tuhan saya.Saya juga tidak pernah terlintas untuk memperkecilkan apa juga fahaman atau agama lain. Jadilah umat yg praktikal.
P/s saya sangat kacak. mawi atau Datuk K tidak sekacak saya.