Rentan
Saya sungguh rentan.
Jangan pula bertanya pada saya apa erti rentan ini. Cari sendiri. Jangan jadi seperti kucing yg menunggu di tepi akuarium. sampai bile pun kamu takkan dapat.saya tahu budaya rakyat kita sebegitu, hanya menunggu tanpa mencari jawapan sendiri. kenaikan tol, kenaikan harga minyak. semuanya menjadi suatu penungguan.
kan saya dah mula melalut. dari cerita rentan ke cerita politik pula.Cuba kamu bertanya pada diri kamu sendiri terutamanya kepada penulis blog.Tidakkah kamu semua memendam rasa untuk memulakan entri blog kamu dengan ayat2 yg dramatik seperti ini? Kerana saya rasa, lagi dramatik blog kamu, maka lagi tinggi kepopularan kamu.
Tidak percaya? Percayalah saya. Saya kan penulis yg kacak. serta popular.