Eau De Bau

Posted on March 28th, 2007 in Uncategorized by reedu

Berjalan-jalan selepas selesai waktu kerja menjadi perkara yg amat diminati oleh pekerja-pekerja di kawasan tempat bekerja penulis kacak ini. Lagi seronok jika bersama org yg tersayang ketika itu. Malang sekali kebanyakannya masih berpeleseran secara solo-molo. Seolah-olah menjadi suatu rutin. Kenikmatan berjalan-jalan selepas waktu kerja bolehlah disamakan dengan berjudi berjuta-juta dolar di kasino London dan melarikan diri tanpa membayar sesen pun. Tidak percaya,tanya pada Pak Borneo nun di Sabah sana. Bangga sungguh beliau tidak bayar hutang kasino. Syabas!

Kembali kpd topik asal. Sebilangan golongan perempuan yg mengaku diri mereka moden keparat..err maaf moden korporat pula mengatakan membeli belah adalah suatu jenis terapi. Kononnya suatu cara escapism dr kehidupan yg sibuk. Walau apa pun, itu adalah hak masing2. Jika ada duit, pergilah membeli belah. Jika tidak, belah aje la.

Suka benar membazir duit laki kamu. Rakus! Budus!

Sebagai tanda ketamadunan yg tinggi serta betapa modennya penulis kacak ini, penulis juga mencuba nasib untuk berjalan-jalan selepas waktu kerja. Seorang diri.

Tanpa disangka, penulis kacak ini ditegur dan ditahan oleh seorang wanita yg mempunyai rupa paras, gaya dan berpakaian seperti seorang penari kabaret. Telus dan berlurah. Itu sudah cukup (bagi lelaki2 yg bijak berimaginasi) untuk menggambarkan perempuan tersebut. Ini menjadi kebiasaan bg org-org yg kacak di seluruh dunia yakni mereka akan ditegur oleh perempuan-perempuan yg cantik. Dan penulis tidak terkecuali dlm hal ini. Maklumlah lah, penulis kan seorang yg kacak serta tergolong sebagai org super kaya. Mengikut firasat penulis, wanita kabaret tu sudah pun tertarik dengan kekacakan penulis. Perempuan kabaret itu sangatlah wangi sehingga boleh menghapuskan bau KFC yg 100 meter dr tempat penari kabaret…err, tempat menjual minyak wangi. Bekerja sebagai promoter minyak wangi wajiblah berwangi-wangian. Kalau tidak siapa nak beli, terdetik di hati saya.

Cuba kamu bayangkan promoter minyak wangi tersebut berbau seperti tandas awam DBKL, mesti tiada org akan mendekati mereka walaupun mereka tidak berpakaian langsung ketika itu. Atas desakan penari kabaret err.. promoter tersebut, penulis akhirnya mencuba untuk berbau2an.

Penulis yg kacak: feminine la bau minyak wangi nih. Untuk laki ke perempuan ni? (sambil menghidu dan menyembur ke baju…free!)

Perempuan kabaret: perfume ni Bisex. Laki boleh pakai, perempuan pun boleh pakai. Banyak wangi.

Penulis yg kacak: BISEX? Saya tak boleh pakailah, saya STRAIGHT. (hahahaha)

Perempuan kabaret tersebut terpinga-pinga.

Penulis yg kacak: Tak apa lah.Terima kasih. Bukan sepatutnya UNISEX ke?

HahahasengalkudahahahhahbanganghahahahacipanhahamangkukayunsungguhhahahmawisucksahhDatukKlagisuckshahahahaaAFsuckshahaha…

p/s: Apa pendapat para pembaca?

Genderisasi

Posted on March 18th, 2007 in Uncategorized by reedu

“Err..kamu ni biar betul Jo. Takkanlah sampai sekarang maintain single.” Kata Kamri Delphi Tengku Daniel setelah melihat Joni Amir Syah sugul memikirkan nasibnya yg tidak berapa baik dlm hal2 mengurat perempuan.

“Ntah la Kam, aku terasa macam sampah la pulak. Asyik dipermainkan saja dengan perempuan. Bukannya salah aku pun, aku go on la bile aku nampak ada line kosong” balas Kamri Delphi Tengku Daniel dengan pandangan seorg romeo yg tewas dlm cinta.

“Mana kau tahu ada line2 kosong ni, cakap cam org telekom plak…cam kes si Dina Fasya Dessandro, dier baru senyum2 sket, kau dah mula perasan tahap kelambu. Ko ingat dia syok kat ko la tu…huahauhauhauahuah… dia tu suka tukar2 laki la..huhauhauhau” ketawa Kamri Delphi Tengku Daniel walaupun sedar dirinya sendiri tidak belum mendapat rezeki awek walaupun awek yg bertaraf katil.

Dengan marah, Joni Amir Syah balas “pedulik la..janji aku puas..aku dlm bab2 mengenal reaksi awek ni no 1. ko tau, aku la yg paling hensem dlm kampung aku dlu2. ko bayangkan, cik rokiah, yg jual nasi lemak itu pun tertarik dengan aku.kacak sungguh aku kan?”

Saya tahu bila perkataan kacak dikeluarkan, perkara yg terlintas di kepala kamu adalah wajah penulis yg kacak sangat2 ini. Saya faham. Tak perlu untuk memuji2 saya lagi. Saya faham.

Kembali kpd episod Kisah Benar kali ini, pernahkah kamu mengalami perasaan seperti Joni Amir Syah. Ditipu,dipermainkan,dipergunakan. jika jawapan anda ya, tepuklah bahu anda sendiri kerana anda sendiri telah mengaku anda seorg loser. Huauhuhauhauhauhua… tapi dr aspek yg lain, anda adalah lelaki alpha yg berani untuk mengurat walaupun tanpa mengetahui kesan2 sampingan atau endingnya.

Alpha atau loser sore , tetap bergantung pada pandangan masing2. Adakah kita boleh pasti yg senyuman wanita pada kita menandakan titik bermulanya proses pengawanan.Tidak sama sekali. Percaya atau tidak, wanita mempunyai tindak tanduk yg lebih kompleks berbanding lelaki. Sebab itu, senang sahaja lelaki ditipu wanita. Jangan kamu berkata wanita selalu menjadi mangsa. Apakah nasib lelaki?

Kenapa perempuan masih boleh jual mahal sedangkan bilangan mereka di muka bumi ini jauh lebih ramai dr lelaki. Kenapa mereka mampu merejek lelaki walhal mereka sedar semakin tipis peluang mereka untuk mendapat pasangan. Kalau dr segi mantik, mereka sentiasa dlm kerugian, kerana saham mereka berkadar songsang dengan usia mereka.

Lain pula kesnya untuk lelaki. Lelaki adalah istimewa. (penulis kan seorg lelaki yang kacak yakni istimewa). Tetapi kenapa lelaki masih lagi tertipu?

Fikirkan sejenak.

Apa yg ada pada wanita? Kebanyakan lelaki selalu terkeliru yang manakah aset wanita yg paling hebat. saya tahu kebanyakan pembaca terutamanya lelaki akan memikirkan aset paling berharga bg wanita adalah organ penyusuan ataupun organ nun dibawah sedikit, disitulah terserlahnya kelemahan kamu. Padanla kamu semua senang ditipu wanita. Huahuahuahuakuasatiga…

Ketahuilah, aset wanita adalah senyuman mereka. Ketahuilah kamu. Berjaga-jagalah kamu terhadap serangan wanita yg penuh nikmat itu. Tolong jangan malukan kaum lelaki.

Saya tahu ramai wanita (blog penulis kacak ini kan popular dikalangan wanita) semua tersenyum mendengar kenyataan keloseran lelaki2 sume. Tapi wanita pun apa bezanya. Mmg tidak tahu nak bersyukur langsung.

Perempuan selalunya tidak menghargai apa yg mereka ada. Paling senang untuk diceritakan adalah mengenai hak. Hak mereka sudah lama terbela. Memang sudah lama terpacak pada tempatnya. Rentan sekali sekarang ini mereka merasakan perlu bangkit serta memperjuangkan hak2 mereka. ‘Kelab’ Kakak2 dalam Islam adalah contoh terbaik. (saya gelarkannya sbg kelab kerana saya tidak sanggup mengiktirafnya sebagai suatu badan yg mewakili agama) .

Kesamdolan mereka mengalahkan sesetengah ahli politik yg terhegeh2 mahu membina pusat sukan di luar negara. Bangang sungguh. Apa la nak jadi dengan ‘kakak2’ kamu ni. Terjerit-jerit meminta perhatian. Apa yang mereka mahu tidak di ketahui. Apa yg mereka perjuangkan pun masih samar2. Ada2 sahaja idea2 mereka nak menarik perhatian org. nama kelab mereka pun tidak menggambarkan ahli2 mereka. Badigol.

Tetapi adakah saya tidak menyokong wanita? Tidak. adakah saya mahu perempuan hanya diam sahaja bila dizalimi? Tidak sama sekali. Saya kan penulis kacak yg sentiasa membela nasib wanita. Senang sahaja nasihat saya kepada wanita. Tidak perlu terjerit-jerit. Tidak perlu maki-hamun. Tidak perlu terpekik2. Tidak perlu mengaibkan diri sendiri. Cubalah berfikir dahulu sebelum bertindak.

Adakah sesiapa tersinggung dengan kata2 saya? Adakah saya ingin memulakan debat antara gender di sini? Tentu sekalilah tidak. Kerana pendebatan gender adalah kerja yang paling sia2. Takkan tamat. Cuba kamu katakan kepada perempuan, lelaki lebih hebat dr mereka. Pasti mengundang pergaduhan. Takpun, katakan sahaja akal perempuan dikuasai oleh emosi dan nafsu serta tak berfikir secara rasional. Nantikan sahajalah das2 peluru perkataan dr mereka.

Saya tamatkan penulisan saya secara tiba2 di sini bagi mengelakkan pertempuran gender dan untuk mengekalkan undi2 wanita. Kerana undi wanita adalah penting bg saya. Undilah saya!

p/s: saya tidak dapat menukar font blog saya kpd yg lebih selesa dibaca kerana kebrungaian sistem blog friendster. maafkan saya pembaca2 semua!