Sus scrofa domestica
Seminggu yg lalu, sempat saya berkunjung ke kota jajahan kedua wilayah persekutuan Malaya atas urusan kerja. Kota bebas cukai kata org2 disana. Kota bebas seks, kata saya. Bukan saja cukai, malah pergaulan dan seks juga adalah bebas. “Mahu perempuan?” adalah antara soalan2 yg ditanya ketika melawati kelab untuk meyaksikan live band. Walaupun saya berjaya menangkis godaan ( saya masih sayangkan bini saya dan saya tidak perlukan perempuan lain), masih ada kawan saya yg tertewas dan menurut kehendak keperluan ‘adik’ mereka. Saya tidak menyalahkan mereka, saya menyalahkan ‘adik’ mereka. Sehinggakan kawan saya yg dianggap sedikit alim juga terjebak. Katanya “ni skali skala jek, aku bukannye makan babi pun, lepas ni aku insaf la..” Sungguh murah penjelasan beliau. Beliau masih pertahankan yg minum arak atau makan babi adalah lebih berdosa drpd berzina.
Kenapa babi? Apabila difikirkan , kenapa babi tidak dikategorikan sebagai makanan halal? Didalam dunia ini, hanya dua jenis manusia yang tidak makan daging babi….yakni orang Islam dan Yahudi. Mengapa? Kenapa org Islam dilarang makan babi? Boleh kamu teka kenapa babi tidak disenaraikan dlm senarai makanan halal untuk org islam?
Jika tidak silap saya, larangan memakan babi ini ada kena mengena dengan peristiwa yang berlaku di atas kapal Nabi …Nabi Noh(jika tidak silap saya juga!). kapal itu membawa semua binatang termasuklah babi dan anjing. Seperti makan, berseks juga adalah keperluan bg binatang. Tetapi binatang melakukan seks tidak mengenal tempat dan masa. Sbb itulah kita tidak disarankan berkongkek di semak samun atau celah2 air terjun atau di dalam kereta kancil atau di tempat2 yg terbuka. Itulah perbezaan manusia dengan binatang. Kembali kepada kisah zaman silam , semua binatang yang ada di dalam kapal tersebut di larang dari melakukan hubungan sejenis. Larangan ini tidak di endahkan oleh babi dan anjing. Sekaligus menjadikan binatang tersebut kotor dan tidak boleh disucikan lagi. Adakah peristiwa ini punca larangan tersebut?
Saya pasti semua orang tahu tentang kuman2 di dalam daging babi yang walau di masak selama 100 thn pun tidak akan terlupus. Tetapi apakah keburukan yang di bawa oleh kuman-kuman ini? Pernahkah kamu mendengar manusia mati disebabkan makan babi?
Apakah larangan memakan daging babi ini hanya sebagai penanda penguji keimanan? Atau sekadar kayu pengukur ketaatan terhadap larangan agama? Atau adakah mmg benar daging babi adalah daging yg paling lazat sekali dan kita dilarang memakannya hanya kerana tuhan mahu menguji kita? Saya pernah bertanyakan perkara ini kepada ustaz. Tiada jawapan selain dr yg kita semua sedia maklum. Babi adalah haram.
Saya pernah mendengar bahawa apabila di syurga nnt kita dibolehkan meminum arak setelah di larang berbuat demikian di dunia ini, pernah dengar cerita tentang jamuan babi goreng? Walau di offer berjuta kali pun pasti menolak pelawaan memakan babi. Saya masih berfikir. Kenapa orang islam(pada nama shj la) yg minum arak dan berzina merasa amat geli makan babi? Kenapa syarikat penerbangan malaya menyediakan arak dan tidak menyediakan babi?
p/s: tajuk di atas adalah nama saintifik untuk babi. Apa nama saintifik untuk berzina?