Bidan terjun

Posted on May 9th, 2007 in Uncategorized by reedu

“Dah buang tebiat ke ..nate beghuk tul ?” Tanya seorang rakan saya, Musa* yang tidak sekacak penulis blog ini selepas mendengar berita malaya yang mahu menghantar rakyatnya ke Makkah untuk membuat ekspedisi terjunan termasuklah 12 mat rempit. Suci murni sungguh Malaya.

Musa*, warga pantai timur. saya sukakan kesungguhan beliau. Walaupun tak fasih berbahasa Inggeris, sering mencuba nasib beliau untuk bertutur. Akhirnya, beliau akan menjadi bahan gelak rakan2 yg lain, kerana pertuturan inggerisnya berbaur Kelantan. Apapun, beliau harus dipuji kerana beliaulah keadaan pejabat masih diselubungi gelak tawa serta penganjingan terhadap beliau. Terima kasih kepada beliau.

Berbalik kepada kisah benar minggu ini.

Makkah itu tempat orang buat ibadah. semua orang tahu Makkah itu tempat apa. Tak kira orang Islam atau bukan Islam, OMNU atau tidak OMNU, putera mahupun puteri, pemuda ataupun pemudi. Orang kampong pun tahu, walaupun mereka bukan org OMNU.

Yang pasti, Makkah itu bukannya tempat terjun menerjun. Apatah lagi kalau kerja menerjun itu tiada faedahnya . hanya sekadar gimik yg menghabiskan duit rakyat. Pendek kata, buat abih beras jek. Kepada pembaca yang tidak faham , beras disini bukan bermaksud makanan. Maaf jika saya menganggap sekalian semua tidak faham maksud beras inipun, kerana tanggapan saya rakyat sudah semakin sengal dan bebal.

Kenapa? Marah?

Cuba kamu perhati pilihanraya kecil beberapa ketika yang lepas, 36 juta ringgit peruntukan diluluskan secara tiba2 dan otomatis untuk membina jalanraya, membaiki lampu jalan, jambatan. Kenapa dulu tidak pernah dilakukan. Dekat2 pilihanraya barulah kemajuan semua disogokkan. Calon2 pula melontarkan pelbagai janji. Pembangkang sibuk melontarkan tuduhan, kerajaan sibuk melontarkan janji palsu serta hadiah2 sampingan. Macam badut. Yang menjadi badut di sini bukanlah calon2, tetapi rakyat. Bagus. Majulah mereka untuk Negara.

Kan saya sudah melalut….kembali kepada kisah beras….

Beras di sini maksudnya duit. Yang dimaksudkan menghabiskan beras itu, menghabiskan duit yang sepatutnya menjadi harta orang ramai. Harta itu sepatutnya dapat memberi manfaat kepada rakyat, bukan kepada 12 orang Mat Rempit saja. Saya masih tidak faham fungsi mat rempit untuk ekspedisi ini.

Kalaulah benar hendak ke Makkah, hantarlah ke kelas haji atau umrah. Ada gak faedah. Dapat pahala. Pergilah. Moga dapat hidayah. Dan balik nanti, dapat berkhidmat dlm parti hijau. Kemudian lawan parti biru. Itukan tradisi Negara kita sejak turun temurun. Tapi bg saya , mat rempit adalah manusia paling tak berguna. Dan tak pandai guna akal. Daripada bawa mereka pergi ke Makkah untuk ekspedisi terjun, baik suruh mereka tebas semak samun atau cuci tandas awam, lagi baik.

Tahniah diucapkan kepada Pak Azeez kerana mengilhamkan idea2 sebegini. Sekaligus memberikan peluang kepada rakyat untuk bergelak ketawa sambil berehat setelah mengundi untuk rancangan realiti. Tahniah!

p/s penulis juga masih tidak faham rasionalisme pasaraya Carrefour memilih Mawi sebagai duta mereka.