Kesucian Rakyat
Terpanggil penulis kacak ini menulis blog semula atas desakan para peminat semua. Saya faham kehendak anda semua. Saya faham anda memerlukan hiburan selain daripada menonton rancangan realiti. Dan juga sambil menyaksikan aksi artis menayangkan logo penaja yg tertulis di atas perut .( perut kalau tough seperti penulis kacak ini tidak apa la jugak). Walau apapun, tahniah kepada beliau kerana berjaya menaikkan nama beliau di kalangan artis2 yg menimbulkan pelbagai isu2 panas picisan.
Dengar2 beliau adalah bekas penyanyi kumpulan nasyid. Sekarang mencuba rock pula kerana tidak mendapat sambutan. Maklumlah siapalah yg nak menonton lelaki berkopiah, berjanggut panjang, bercelak bernyanyi2an sambil berlatarkan padang pasir. Rakyat kita kan berfikiran terbuka. Maka, artis juga harus terbuka di sana sini untuk menjamin kepopularan mereka. Hidup Malaya!
Bagi selebriti negara kita, yg membuat salah atau yg tidak senonoh semuanya adalah artis negara lain. Budaya kuning, hijau, merah, biru semuanya adalah pengaruh negara lain. Seluar koyak di bahagian lutut, pengaruh punk afrika kata mereka. Berkongkek disana sini, pengaruh holiwud kata mereka. Memakai tshirt kecil bundle beserta jeans yg hujungnya kecik (hanya muat 3 jari), pengaruh kelantan pula kata mereka. Ehh, maaf kelantan sebahagian dr negara kita. Penulis kacak ini selalu tersalah anggap bahawa kelantan adalah negara lain. Mereka kan lain. Pemimpin lain, rakyat pun lain dr negeri2 lain. Mereka kan mengamalkan pentadbiran, bahasa, dan cara pemakaian yg berlainan dengan negeri2 lain. Tidak percaya? Sila rujuk rakan sepejabat saya, Encik Shu sebagai contoh. Maaf, beliau tidak sekacak penulis.
Sama juga kesnya kepada kebanyakan ibubapa di Malaya. Budak yang minum arak, yang berzina, yang tidak menutup aurat,yang hisap ganja, yang tidak sembahyang dan yang terlibat dengan apa jua masalah moral adalah anak orang lain. Cuba tanya makcik sebelah kamu nanti didalam LRT. Cube tanya pakcik drebar teksi. Nescaya dia akan menceritakan kebaikan anak sendiri sambil mencemuh kelakuan buruk anak orang lain. Pasti.
Sama jua dengan anak2, ibubapa mereka tidak pernah melakukan kesalahan walau sedikit pun. Tak percaya tanya anak polis trafik yang kamu kenal samada bapa/ibu mereka makan rasuah. ‘Mana ada beb, bapa aku jujur” antara dialog pilihan mereka. Kalau boleh hendak saja disamakan ibubapa mereka dengan dr fadzilah kamsah. Maaf sekali lagi, beliau juga tidak sekacak penulis.
Maka di sini dengan rasminya, layaklah Tanah Malaya di gelar negara Islam (Had-berhari2) kerana tidak ada siapa pun sebenarnya yang berdosa jika kita menerima pandangan ibubapa dan anak-anak kebanyakan penduduk Malaya. Serta pandangan para selebriti.
p/s: Maaf kerana terlalu lama membiarkan kamu semua tertunggu blog penulis kacak ini.