Bebas

Posted on March 15th, 2008 in Uncategorized by reedu

Gegaran demokrasi.

Tsunami politik.

Kamu panggillah apa saja. Mungkin inilah apa yang dikatakan kuasa rakyat. Saya panggil “padan muka”, “amik ko anjeng” dan sebagainya. Maaf, saya tidak berniat untuk berkasar.

Seperti yang sedia maklum, saya bukanlah peminat BN. Malah BA juga bukan pilihan saya. Saya bebas. Bukan peminat calon bebas, cuma pengkritik bebas yg inginkan Malaysia yang lebih baik. Itu sahaja.

Hari pilihanraya, sehingga jam 2 pagi, penulis kacak ini masih belum tidur. Hanya terlelap sekali-sekala. Alat kawalan jauh TV sudah entah berapa kali bertukar siaran. RTM1-TV3-Awani-AXN. AXN sebagai pengisi masa ketika pengacara atau pengkritik keputusan pilihanraya di TV memberi pandangan yg bodoh. Ya, BODOH!

Ketika mengumumkan BN menang di sesuatu kawasan, mereka berkata “kita” menang. Bila BA pula, mereka berkata “mereka” menang. Bias sungguh. Saya tahu, mereka mungkin peminat parti cium keris, tetapi sikap professionalisme harus ditonjolkan depan kamera. Bodoh sungguh mereka. Patut la kalah.

Kelantan tak dapat. Perak dan Selangor terlepas. Kedah dan Penang dicantas. Siap menang besar. Mana perginya angin perubahan yang diwar-warkan. Angin kentut saja gamaknya. Katalah korridor utara ke selatan ni akan memberi kemajuan, tetapi perkara yg utama untuk rakyat dilupakan. Harga barang naik, kerajaan salahkan ekonomi dunia. Pegawai korup, kerajaan kata lebih baik dari negara jiran. Keluar video seks pegawai atasan, salahkan penjual CD cetak rompak. Kerajaan fikir rakyat masih bebal. Mungkin.

Sengal kuda. Inilah yang dinamakan yang dikejar tak dapat, yang dikendong semuanya terburai jatuh atas kepala. Kali inilah pilihanraya yang menyaksikan banyak pistol besar BN yang tumbang. Anehnya, tidak ada satu pun orang kuat pembangkang tumpas. Fikirkan.

Abang Sam yg sejak dahulu menjadi penyelamat dunia di sungai siput kalah. Encik Koh yg baru hendak nak rasa kerusi parlimen juga kalah. kak Sherry juga kalah. Izzah tu budak kecik lagi kata beliau dahulu. Abang Zam yg mencabar lawannya bakal hilang wang tebusan juga tewas. Mamat yg kononnya bakal jadi MB kelantan juga entah kemana. Hamik ko!

Pendek kata, ia adalah reality check untuk semua. Terutamanya untuk BN. Gelaran Deadly duo gandingan bapa - anak mertua sudah jadi bahan makian. Hadhari bertukar jenaka berhari-hari.

Bini sendiri pun tak bertudung, pastu nak bising2 ….

Kepada pembangkang, mereka juga perlu sedar daripada mimpi indah ini. Hentikan sorak dan ejekan pada BN. Hentikan pengumuman drastik yg sensitif. Ingatlah kalian perlu jadi lebih kuat. Perlu belajar untuk hidup bersama2 rakyat semua. Ini bukan masa untuk sambung tidur. Ini masa untuk bekerja. Menampal lubang2 yg ditinggalkan. Meneruskan apa yang dipertanggungjawabkan. Bukan tugas mudah untuk meyakinkan rakyat di negeri yang berkurun berada di bawah pimpinan parti cium keris.

Ini titik mula untuk Malaysia baru, tapi itu jika dan hanya jika barisan alternatif bersedia untuk ubah mentaliti. JIKA……

Keling

Posted on March 2nd, 2008 in Uncategorized by reedu

“Awek keling tu gak ko usha..takde org lain ke” kata Tengku Redzu kepada Shah yg suka perasan tegap sedangkan beliau boroi.

“bile masa plak Zeti tu keling…apa kebende ko ni….abih tu yg ko usha awek yg jual ‘sayur’ tu pehal lak, Zeti tu 1000 kali lg cun dr cina kampung ko tuh” balas Shah.

“Muka macam kene langgar dengan lokomatif…tu pun nak usha ke?” tambah beliau. beliau tersenyum puas.

Zeti bukan keling. Pundek sungguh kenyataan Tengku Redzu.

Walaupun perbualan tersebut berbaur perkauman, ia adalah kisah benar. Sumpah!

Keling, perkataan paling mudah untuk menggambarkan kaum India di sini. Kebanyakan masa digunakan untuk dijadikan bahan makian. Tidak percaya? Welcome to Bolehland.

“Pundek la, cakap macam keling” untuk menggambarkan cakap putar belit. Silap. Yang putar belit bukan kerja keling. Ia adalah kerja rasmi menteri dan calon pilihanraya. Kejap harga minyak akan diturunkan, sekajap lagi kata negara akan miskin kalau diturunkan. Beruk sungguh. Ahh, kan saya sudah melalut.

Hubungan kaum India dengan kerajaan menjak dua menjak ini sedikit tegang akibat permintaan yg merapu dr sesetgh wakil kaum India yang berbau perkauman yang di lepaskan kepada kerajaan dan Britain. Dengar2, minta gantirugi beberapa trillion dari Maharani negara penjajah itu. Pehh trillion tuh.

Seperti yang diketahui, di India, rakyatnya suka berpiket. Tetapi apa yang mahu kita hairankan, jika sekiranya bekalan buah manggis berkurangan sekali pun, rakyat India akan berpiket. Sudah itu kegemaran mereka. Hobi mungkin. Seperti budak-budak hijau putih dan biru putih di sini, sikit-sikit piket, sikit-sikit piket. bina sekolah piket, robohkan sekolah nak piket. Kemudian balik rumah dan tidur sehingga ada isu baru yang perlu di piketkan. Isu Siti Nurhaliza kenapa bertudung misalnya. Lumrah.

Sifat perkauman memang tidak dapat dipisahkan dalam semua diri manusia. Sifat ketuanan terlampau adalah penyebabnya. Yang mengekangnya adalah sifat ingin atau cuba memahami agama dan budaya kaum lain. Kalau tidak, memang berulanglah segala bentuk peperangan antara kaum.

Banyaknya masalah perkauman berlaku asalnya adalah kerana ketidakmahuan menghormati agama dan budaya orang lain. Ketidak-terimaan kaum lain sebagai warga sejagat negara, malah negeri. Orang Islam di sini di wakili sebahagian besarnya oleh kaum Melayu. Walaupun ada kedengaran ada Melayu yang tidak Islam. Mungkin kebanyakan melayu mmg tidak islam sebenarnya. Hanya sekadar nama. Maaf itu bukan topik sekarang.

Kembali kepada topik asal, tidak kiralah yang datang dari mana,mereka tetap Islam. China, India, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Kelantan, atau mana-mana negara sekalipun. Mereka membawa adat dan budaya mereka sebagai adat dan budaya Islam. Mereka adalah orang Islam. Ingatlah bahwa semua manusia yang hidup di bumi ini berpunca dari ibubapa yang sama, Nabi pertama kita.

Satu-satunya cara untuk menghapuskan sifat perkauman,adalah dengan sifat tidak peduli. Tidak peduli dengan bangsa kita. Kaum kita. Kerabat kita. Asal usul kita. Mungkin kamu dari parti keris dan berasa cemas mendengar penyataan ini. Cuak kerana selepas ini tidak dapatlah lagi untuk mencium keris di depan orang ramai yang bertepuk tangan. Tetapi jikalau kamu serius dan bersungguh hendak menghalang perang kaum atau rusuhan secara total, hanya inilah caranya. Agama penulis pun menyarankan sebegitu.

Sebentar.

Kamu ada pilihan kedua. Kamu boleh saja makan minum apa saja, berkongkek* dengan sesiapa saja,jangan fikir halal haram, jangan fikir orang lain. Saya percaya kamu semua akan di terima dikalangan mereka.

Pilihan ada di tangan kamu. Sepertimana kamu disarankan untuk mengundi, kamu juga diberi peluang untuk berfikir. Fikirlah beyond kaum, bangsa, darjat, harta, pangkat itu semua. Berfikir dan mengundilah berdasarkan kemampuan calon. Bukan kerana parti, populariti, atau kesungguhan semasa beliau berkempen memancing undi. Ataupun bukan kerana calon itu kacak. Kerana sesungguhnya adalah diketahui bahawa, tiada siapa yang lebih kacak daripada penulis ini.

Sekian.

P/s: Adakah benar mawi dan siti nurhaliza tidak mendaftar lagi untuk mengundi? Jika ya, penulis dengan bangganya disenaraikan juga bersama dalam geng2 selebriti terkenal. Makasey!