Sayu Raya Mayu
Selamat Hari Raya diucapkan kepada para pembaca yang beragama Islam, err..senang cerita kepada semua pembaca yang sambut hari raya. Kerana menyambut hari raya sekarang bukanlah hanya atas sebab agama lagi, kamu pun tahu kerana apa kan. Tidak perlu saya menyebut di sini, kerana saya menganggap kamu cerdik pandai seperti penulis kacak ini.
Kepada kamu2 yang kurang cerdik (dan kurang kacak), saya syorkan kembalilah ke depan kaca tivi menonton panglima lawak atau rancangan pasti heboh-heboh. Kerana adanya manusia seperti kamulah, rancangan sebegitu diwujudkan. Tidak lupa, kalau perlu undi, silalah undi. Jangan banyak tanya, kamu kan tidak cerdik.
Sebagai tanda penulis bukan tergolong bersama2 orang di atas, penulis kacak ini mahu bertanya satu soalan kepada kamu semua. Tidak mengapa jika kamu tidak mampu menjawabnya. Saya sedia maklum tidak ramai yang cerdik serta kacak seperti penulis ini.
Kenapa hari raya selalu diselitkan dengan kesedihan, bukankah ia adalah hari kegembiraan buat semua (termasuk yang tidak berpuasa)? Kenapa tak faham soalan? Atau tidak setuju?
Sebagai pembuka mata kamu, saya mengishytiharkan, demi untuk menyambut Hari Raya dengan gembira, kita biasanya akan bersedih. Betul! Sambil mendengar takbir raya, kita ke kubur di pagi Raya dan menghayati lirik2 di dalam kebanyakan lagu Raya. Balik ke kampung pun sambil nyanyikan lagu sayu mayu Raya. Semuanya berhendakkan kesedihan. Kita bersedih untuk bergembira.
Bersedih untuk bergembira ini adalah untuk semua perkara. Daripada takbir raya sampailah hal memberi duit raya. Kesemuanya terselit sedikit kesedihan untuk kita bergembira. Pening bukan? Atau kelihatan seperti melalut? Biasalah orang2 kebanyakan tidak akan faham falsafah2 agung seperti ini.
Falsafah agung seperti ini bagaikan enigma mencoret seribu satu bahsa sambil menyembunyikan paradigma kesulitan kesusasteraan, ya, ia memang suatu enigma yakni indah.*
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.
Dedikasi istimewa raya buat rakan saya, saudara Sana bin Kelam kerana tidak berpuasa satu hari hanya kerana hidangan lobster di depan mata beliau. Itu baru makanan, beliau belum lagi di”sedekah”kan seorang perempuan, dah terliur. Tahniah!
*ayat tersebut sengaja disusah-komplikasikan bagi menunjukkan kepada para pembaca betapa agungnya falsafah penulis kacak ini. Makasey!!