Sardonik Inggeris
Dulu saya ada kawan sekolah rendah bernama Yap Kim Chin. Darjah satu sehinggalah ke darjah lima, nama panggilan beliau adalah sama seperti dalam surat beranak. Sehinggalah pada suatu masa beliau sukakan seorang gadis melayu (cantik dan seksi) bernama Sabrina, terus beliau menjadi malu untuk menyebut nama sendiri.
Jadi untuk menampakkan sedikit kemodenan dan menutup segala ciri ciri asal usul, beliau menukar nama kepada Allen. Sampai sekarang saya tidak tahu mengapa memilih Allen. Tiada pula selebriti ketika itu bernama Allen. Barangkali, hendak mengikut mirip2 nama pekebun sekolah kami yang paling glamer pada masa itu, Pak Alang. Sebagai penutup cerita tentang beliau, Sabrina akhirnya menolak cinta Allen (Chin). Khabarnya kerana nama beliau tidak cukup inggeris. Brungai punya melayu, itu pendapat Chin err.. Allen.
Bukan kaum Allen sahaja yang tidak suka dengan nama sendiri. Kaum lain pun sama saja. Bezanya, kaum lain tidak terbatas pada Allen, Albert atau John sahaja. Mereka lebih kreatif. Saipullah Izwan Hakimi menjadi Spike. Khairul Azmi Mahadi menjadi Tepet. Muniandy Ramasamy a/l Premanathan dipanggil Black. Semuanya harus ditukar untuk menampakkan ciri ciri inggeris, kecuali nama Tepet. Tepet masih tergolong dalam kategori tempatan.
Pemerintah juga tidak terkecuali. Nama Islam pun mahu dipanggil Islam berhari-hari. Sama saja la bengong. Mungkin untuk menyuruh rakyat mengikut saranan agama hanya pada sesetengah hari saja barangkali. Nama jalan pun kamu hendak tukar. Apa la salah jalan tu. Suka sangat kamu menukar nama. Takde kerja lain ke kamu2 nih. buruk sungguh perangai kamu.
Sebagai menghormati semangat keinggerisan negara kita, saya juga ingin turut dalam budaya ini. Dengan ini dengan rasminya saya menamakan anu saya Douglas. Kerana nama sebegini seakan akan menaikkan lagi semangat saya dan anu saya. Setuju bukan?
p.s blog di atas tidak sekali kali bertujuan untuk bercakap lucah, hanyalah semata2 untuk membuktikan betapa modennya dan telusnya penulis kacak ini. Jangan fikir bukan2, kamu semua tidak cukup umur lagi. Pergi main basikal diluar sana. Syuh!