Maaf

Posted on December 18th, 2008 in Uncategorized by reedu

Saya dengan rasminya sudah mempunyai 3 blog. Ya, 3 blog. Hebat bukan. Untuk tujuan yang berbeza.

Bagi yang mahu melihat kehebatan saya di arena seni sila klik sini.

Yang hendak melihat blog saya di blogspot. Hanyalah mirror dari blog friendster ini. Sila klik disini.

Blogspot senang dibuka di pejabat saya. Friendster kan sudah kene block. Bukannya saya tidak tahu pekerjaan kamu di pejabat. Mengadap komputer membaca blog sepanjang hari. (blog saya? haha). Pelik bukan. menulis blog untuk memberitahu satu dunia apa yang sedang dialami oleh kamu. Semuanya hendak diceritakan. Makan apa tengah hari tadi, berak berapa kali hari ini, kena marah dengan siapa minggu ini. Kesemuanya lah.

Pada suatu ketika dahulu saya sangat menentang konsep menulis blog mengenai diri sendiri. Saya merasakan itu adalah seperti perbuatan merogol. Merogol hak serta privacy individu. Tetapi apabila saya perhati, rakan2 saya kebanyakannya menceritakan kisah mereka di blog. Cerita gembira, sedih, cinta, masalah kesemuanya dipersembahkan di blog mereka.Semuanya dengan harapan dapat berkongsi kegembiraan dan kesedihan. Sekarang saya faham kenapa.

Di sini saya ingin meminta maaf kepada kawan baik saya kerana mengecam serta menganjing blog beliau habis habisan. Sehingga hari ini saya rasa bersalah terhadap beliau. Rasa bersalah saya boleh lah disamakan dengan rasa bersalah apabila kamu memecut kenderaan kamu dan langgar lari ambulans yang sarat dengan pesakit yang hampir mati sehingga ambulans itu tergolek2 dan seterusnya menghimpap mati seorang perempuan tua yang sedang mengendong bayi. Kalau melanggar lari mat rempit tak apa la, barangkali mendapat pahala.

Mungkin, awalnya saya rasa pelik dengan penulisan beliau. Perwatakan beliau. Saya terkejut dengan perubahan beliau. Drastik. Tidak menggambarkan langsung apa yang saya kenal beliau sejak 7 tahun yang lepas. Beliau tidak seperti dahulu. Bak kata kawan saya yang lain, “mungkin kita tidak cukup kenal dier kot”. Beliau lebih serius dan komited terhadap kehidupan. Mungkin. Sekadar mungkin.

Saya tidak mahu berterus lagi penulisan ini kerana ramai mungkin menganggap inimenjurus ke arah sentimental. Hanyalah minta maaf dari saya. Teruskanlah menulis blog kamu. Saya adalah salah seorang yang mengikuti blog kamu. Saya peminat blog kamu dan lawak lawak kamu. Saya suka cerita kamu mengenai jam serta tayar itu. Cerita mengapa rambut kamu berbentuk M juga saya layan. Dan yang menjerit pada pakcik pemotong rumput itu bukan salah saya. Itu adalah sebahagian dari rutin menyelamatkan diri pabila perlu.

Dan, selamat bertunang. Jaga tunang kamu baik2 sebagaimana kamu menjaga gaya rambut kamu. Tahniah.

P/s: buat kali pertama saya menulis blog secepat begini. Lebih berbentuk personal. Saya bend the rule sedikit. Sekejap.

p.s #2: bak kata orang, orang yang meminta maaf lebih macho dari orang yang wat dek je. Penulis kan macho serta kacak. Terbukti sekaligus.

Agoy

Posted on December 18th, 2008 in Uncategorized by reedu

Tidak lama dahulu, keluar larangan merokok. Ada pula yang sanggup yang menyamakannya dengan meminum arak. Perangai jin mungkin. Addictive kata orang london. Itu saya setuju. Kerana rakyat memang perlu diajar dan pemerintah perlu mengfatwakan sesuatu untuk memberitahu rakyat dengan lebih berkesan. Tetap tidak terlaksana jua kini kerana percanggahan pendapat para ahli ugama disesetengah negeri. Kerana konsep Islam berhari-hari barangkali. Entah.

Baru-baru ini keluar larangan wanita untuk menyerupai kaum lelaki. Kelakarnya ada pula puak yang ingin menuntut bela. Hahaha. Kamu memang terbukti bebal sungguh. Sudah lahir sebagai perempuan, terima sahajalah. Saya tahu jauh di lubuk hati kamu rasakan bahawa kaum lelaki adalah istimewa. Seistimewa penulis kacak ini. Kerana wujud puak puak yang suka berpiket seperti kamulah, wujudnya golongan pertengahan yang masih kecelaruan jantina mereka. Kamu ingat ini Bangladesh ke, sikit2 nak berpiket.

Sekarang keluar pula yang lain. Saya pasti ahli ugama sekarang lebih bekerja keras berbanding dahulu. Tidak hanya pada menangkap rakyat yang sedang kongkek, merakam serta menyiarkannya di tiub-awak. Maaf, bahagian penyiaran itu bukan kerja mereka, itu kerja budak budak rempit yang mencuri video dari mereka.

Sampaikan yoga pun hendak di hu ha kan. Apakah kamu tiada kerja lain? Saya bukan tanya ahli ugama, saya tanya pada kamu2 rakyat kebanyakan ini. Semua hendak memberi komen. Mahu tunjuk hero barangkali. Untuk pada kebanyakan kamu kamu (yang tidak sekacak penulis), saya yang bijak lagi kacak dengan ikhlas ingin bercerita sedikit. Seikhlas sekacak hati saya.

Saya pasti kamu sendiri tidak tahu yoga itu apa bukan. Kamu kan rakyat biasa, apa kamu tahu. Sikit2 mahu mengundi. Sehati berdansa la, afundi la, apa2 la rancangan menuju kebodohan itu. Suruh mengundi pilihanraya tak mahu pulak. Tapi jangan cepat melatah. Sabar. Kembali pada topik asal. Awak semua kena baca betul-betul. Keluar sahaja fatwa, terus melatah. Kamu ingat ini pesta melatah ke.

Untuk pengetahuan semua, Yoga ada tiga peringkat. Pertama, senaman fizikal. Kedua, mantera dan pemujaan untuk ketenangan. Ketiga barulah penyatuan dengan Tuhan. Diulang suara, Tuhan. Tidak disebut agama apa sekalipun disini.

Jadi seperti kamu yang was2, kamu2 semua buat sampai pertama cukuplah. Tidak apa. Dibenarkan. TETAPI adalah tidak digalakkan kerana senaman fizikal ini somehow* bercampur aduk atau sebahagian dari keseluruhan ritual yoga. Jadi, kalau kamu buat sampai nombor satu saja, tak apa. Tapi, kalau sudah campur aduk dengan kedua dan ketiga, itu haram. Ingatlah.

P/s saya tidak tahu perkataan melayu untuk somehow. Maklumlah, saya kan moden dan sound stupid if I speak in malay.