Kebab Lidah Spesel

Posted on January 30th, 2009 in Uncategorized by reedu

 

“Argh, aku bgn lambat lg…demit”

aku mengeluh. Untuk kali yang ke lapan sepanjang minggu ni. 

Lapa gile. Pendek kata, memang lapar cam haram

Gerai kebab tepi jalan tu terus aku serang. Gara2 tidur sepanjang hari sampai terlepas 2 waktu makan betul2 menyeksa batin. Ni la gara2 bercuti lama sangat sampai dah blank tak tau nak buat apa. 

Aku perhati papan tanda. gerai kebab hottai rupenye, gerai kaler belang2 biru kuning. Ganas! 

Brader kebab ni siap pakai uniform lg. siap pakai rantai lagi. Ganas! 

Tengok harga plak. Tak seberapa ganas. Kebab Ayam. Kebab Daging dua ringgit. Kalo yang special tambah seringgit. Tak tau apa yang special dier nak letak kat kebab. Takkan brader tu nak letak terung plak nak bagi special.  

“kebab rusa special ada?” percubaan aku membuat lawak di kala lapar sakan. Cool kan? 

“Habis!” selamba je brader kebab tu jawab sambil menjelir lidah. 

Arghh..tidaaaaakkkkkkk…….geli sungguh……. 

kalo awek yang buat, aku amat mengalu2kan..tapi dlm kes ni, amatlah meloyakan. Rase cam nak tujah ngan lembing je lidah brader tuh. Bagi mengelakkan sebarang pertumpahan darah di situ, aku terus mengorder apa yang patut seringkas mungkin. Penulis kan decent.  

“bagi kebab ayam special satu.” 

Tapi sebenarnya apa yang aku dapat hanyalah kebab timun mayonis berperisa ayam. Deng, special kebende! Kalo letak ayam sikit je bukan special namanya, samdol! 

Cilaker kamu si penjelir lidah. 

 

 

taleNtime

Posted on January 27th, 2009 in Uncategorized by reedu

Terpanggil untuk menulis selepas menonton cite talentime malam tadi tadi. Tayangan sneak preview barangkali. Ataupun ia adalah public showing untuk kali yg pertama. Tayangan korporat?  Walau apa pun, menonton wayang bersama2 pelakon2nya serta pengarahnya mempunyai kelainan. Pelakon lelakinya duduk di belakang penulis. pengarahnya dan camera man nya di sebelah kanan, kiri pula pelakon tambahan. Cuma pelakon wanita sahaja tidak kelihatan. Mungkin di belakang. Entah kenapa. Aku tak pedulik. Mereka tidaklah secantik manapun. Bini saya lagi cantik.

Setelah diteliti sekian lama, penulis terfikir satu perihal. Bukan itu. Penulis bukan mahu mengulas perihal filim tersebut. Terlalu banyak blog yang akan menghidangkan komen2 filim tersebut. Syuh! Pergi ke sana, Cuma saya terfikir dalam cerita ini adakah samada watak ibu keluarga India tu berlakon agak over-acting. Bercakap sambil hayun kepala dan tangan mungkin klise menggambarkan keluarga India, tapi bukanlah semua berbuat sebegitu. Macam sendi takde skru pulak.

Tapi..macam mana kamu hendak menghitung over-acting?  

Rasa2nya..kalau difikir-fikir balik, tidak pernah wujud over-acting selama ini. Tak gitu?

Kalau over-react mungkin wujud.

+ wei! Kete kau kene curi la!

- oh ye ke..

(tidak cukup reaksi)

+ weh! tisu 20 sen kau terjatuh bawah meja la…

- Hah?!! Apa dia?? jatuh?!! habis la camni! mampus aku mana nak cari ganti ni?!! kenapalah nasib aku selalu malang begini?!!

(inilah dikatakan over react barangkali haha)

Dalam filem, ketika scene yang overeact tu dilakonkan, dia takkan jadi over-acting sebab, scene tu akan jadi scene lawak mungkin. Tengok la filem itu, kamu akan faham. Saya tidak suka memberi jawapan terus. Pemikir agung macam saya tidak akan memberi jawapan terus.

Pergilah menonton filem talentime, saya jamin kamu tidak akan menyesal. Tabik kepada filem tersebut kerana menggabungkan semua elemen (macam komen expert kan? kan? ahaa! ). Tidak lupa juga kerana kerealistikan filem dan pelakon. Tabik!

Mari Belajar Bersama Along bhgn I

Posted on January 20th, 2009 in Uncategorized by reedu

 

 

Bagaimana untuk kamu untuk kelihatan hebat? Selain dari meniru gaya serta personaliti penulis kacak ini, saya akan memberi tips lain. 

Iaitu (dah lama tak pakai iaitu, pehh) dengan merendah-rendahkan dan memperkotak-katikkan orang lain. Senang. Terbukti.

Kau pendek? Nak kelihatan tinggi? Berdiri di sahaja di sebelah orang yang lebih pendek.

Kau lemah? Penakut? Dayus? Nak kelihatan kuat dan berkuasa? serang sahaja orang yang lagi lemah dari kamu. Dengan membabi buta. Bom saja rumah mereka. Soal agama atau belas kasihan itu hal kemudian.   

Sekian. Terima kasih

Berdoalah pada tuhan supaya orang2 yang kurang ajar terhadap agama saya diberi hukuman yang berat. Kepada orang2 yang menghalang pembebasan Gaza. Dan juga kepada yang telah menghina tempat ibadah agama saya. Babi sungguh kamu ni kan.  

Nasi Lemak Banjir

Posted on January 7th, 2009 in Uncategorized by reedu

Seperti biasa perbualan kami dalam communicator akan dimulakan dengan makian cacian penganjingan terhadap satu sama lain. Siapa selalu menjadi mangsa? Kami amalkan system rotational. Adil.

+Sarel: yaw yaw yo!

+Yol: kiut siallll…macam gam$#ng…

+Jaini: apa yo yo . bajet western arr tu . mmg cil@$!!^*@

+Penulis: ntahnya bru@$!! ^&*$#

+Sarel: apsal korang sume harsh cam ba%@ , an@#%$ tul. Aku lempang sekor2 kang baru tau..

+Aman: lempang la kalo brani, jo$#@ kang. Kalo berani, jom gi brekfes la.

+Jaini: jom jejoms..lapa peruk nih!

+Sarel: memang la lapa perut, takkan lapa kat hidung kot. Dah la typo. Bebal ke apa ko nih.

+Jaini: cilaker.

+Penulis: Dah2, jom turun skang.

+Aman: jom. Tunggu tempat biasa.

+Sarel: sape lambat , lembu!

Walaupun si sarel (rakan kami yang paling metro ketika ini) yang mencadangkan idea siapa yang paling lambat turun dipanggil lembu, namun beliaulah yang paling kerap menjadi lembu. Lembu berambut ala KJ barangkali.

Kedai nasi lemak terus aku terjah. Lapar.

“nasi lemak satu, sambal lebih sikit ek…slalu akak bg tu cukup2 ntuk 2-3 butir nasi je”

aku tau akak indon tu memang kedekut sambal. Kedekut taik idung masin tul.

Terus mulut beliau terjuih kerana aku memalukan beliau dpn pelanggan lain. Beliau terus mencedok senduk besar (senduk nasi) lalu ke pinggan nasi lemak aku.

“ni nasi lemak kamu” akak indon menjawab memberikan senyuman sebusuk nangka.

Aku berjalan dengan bangga menuju ke meja.

NASI LEMAK BANJIRRR!! WOOHOO!!

Gamba Nasi Lemak Banjir tersebut…

Selamat Tahun Baru…

Posted on January 3rd, 2009 in Uncategorized by reedu

Lupe pula saya…

Happy New Year 2009!

Saya beresolusi untuk menjadi lebih kacak dari sekarang.

selain dari mengetatkan serta mengurangkan ukurlilit pinggang saya. saya janji!

Bandung

Posted on January 3rd, 2009 in Uncategorized by reedu

Bandung, nama manjanya Kota Kembang. Tak tahu pula apa yang kembang sangat di sana. Kononnya semua boleh dapat di sana. Seluruhnya di satu tempat. Sebutkan saja. Kata sesetengah orang, tidak macam di Malaysia. Jika mahu durian, perlu ke Ipoh. Mahu budu, perlu ke Kelate. mahu tempoyak, ke kedah. Mahu barang2 cetak rompak, perlu ke Golok. Mahu perempuan, silalah pergi ke Bukit Bint..err..Itu semuanya kata orang la. Penulis kacak ini inesen.

Bile flight hang gi Bandung? tanya Halim Jambang kepada jirannye, Feddly Sutiman yang lebih suka menggelarkan dirinya sebagai Rangga. Hak ptuih, detik hati Halim.

Halim memang pelik dengan jiran beliau. Selalu sangat berulang ke Bandung. Kata Rangga, ramai yang suka ke sana untuk bershopping pakaian berjenama pada harga yang sama dengan pakaian yang tidak ada nama.

Barang tak ori la tuh..haha cilaker nyer bahasa…

Baik pegi Golok je..kenapa nak sangat mamat ni pegi Bandung…..

Tambah lagi Rangga, ramai ke sana kerana ceweknya yang montok..

ahaa, ini baru la betull…hehe

Tempat itu memang terkenal dengan ceweknya yang mampu menggegar iman para lelaki sambil menerbangkan ketayap para haji2. Impressive bukan?

Sambung kembali kisah benar minggu ini.

“Esok petang” Jawab Feddly a.k.a Rangga tadi.

“Mu bole tolong kawe tak? tolong hantar ke erpot LCT (LCCT) esok?” tanya beliau dengan muka yang agak seposen, menagih simpati mengalahkan orang yag menagih undi.

” Saya kerja esok petang, Overtime. lagipun kereta aku kecik la we, mana muat family mu ni?” Halim Jambang beri alasan cacat sambil mengetatkan muka bagi nampak real.

“Aku sorang je, tak bawok famili…solo je lim oiii” kembang kuncup Rangga jawab.

“Aik, pergi bercuti tak bawak anak bini ke?” Seperti biasa Halim cuba menjadi bertanggungjawab.

“Kalau ko pegi kedai makan, ada kau bawak nasi dari umah?” tanya Rangga wannabe.

“tak..mm??” Halim garu kepala.

“kalo ko pegi taman bunga, ade ko bawa bunga dari umah?” tanya beliau lg.

“owhhh…hehe” Halim senyum nangka busuk.

Rangga tersenyum disertakan kenyitan mata gatal dangdutnya.