taleNtime

Posted on January 27th, 2009 in Uncategorized by reedu

Terpanggil untuk menulis selepas menonton cite talentime malam tadi tadi. Tayangan sneak preview barangkali. Ataupun ia adalah public showing untuk kali yg pertama. Tayangan korporat?  Walau apa pun, menonton wayang bersama2 pelakon2nya serta pengarahnya mempunyai kelainan. Pelakon lelakinya duduk di belakang penulis. pengarahnya dan camera man nya di sebelah kanan, kiri pula pelakon tambahan. Cuma pelakon wanita sahaja tidak kelihatan. Mungkin di belakang. Entah kenapa. Aku tak pedulik. Mereka tidaklah secantik manapun. Bini saya lagi cantik.

Setelah diteliti sekian lama, penulis terfikir satu perihal. Bukan itu. Penulis bukan mahu mengulas perihal filim tersebut. Terlalu banyak blog yang akan menghidangkan komen2 filim tersebut. Syuh! Pergi ke sana, Cuma saya terfikir dalam cerita ini adakah samada watak ibu keluarga India tu berlakon agak over-acting. Bercakap sambil hayun kepala dan tangan mungkin klise menggambarkan keluarga India, tapi bukanlah semua berbuat sebegitu. Macam sendi takde skru pulak.

Tapi..macam mana kamu hendak menghitung over-acting?  

Rasa2nya..kalau difikir-fikir balik, tidak pernah wujud over-acting selama ini. Tak gitu?

Kalau over-react mungkin wujud.

+ wei! Kete kau kene curi la!

- oh ye ke..

(tidak cukup reaksi)

+ weh! tisu 20 sen kau terjatuh bawah meja la…

- Hah?!! Apa dia?? jatuh?!! habis la camni! mampus aku mana nak cari ganti ni?!! kenapalah nasib aku selalu malang begini?!!

(inilah dikatakan over react barangkali haha)

Dalam filem, ketika scene yang overeact tu dilakonkan, dia takkan jadi over-acting sebab, scene tu akan jadi scene lawak mungkin. Tengok la filem itu, kamu akan faham. Saya tidak suka memberi jawapan terus. Pemikir agung macam saya tidak akan memberi jawapan terus.

Pergilah menonton filem talentime, saya jamin kamu tidak akan menyesal. Tabik kepada filem tersebut kerana menggabungkan semua elemen (macam komen expert kan? kan? ahaa! ). Tidak lupa juga kerana kerealistikan filem dan pelakon. Tabik!




Post a comment