aku disagat
Tahun baru.Aku inginkan kelainan. Blog pun sebegitu jua. Ia juga memerlukan pembaharuan. Dahulu2, bila awal2 mengenali dunia blog ini, satu sahaja cita2 aku ketika itu. Menjadi penulis yang mashyur. Banyak cara aku duk fikir camne nak jadi pemes. Gagal. Sama sekali.
So aku terus surf internet. Kononya mahu mencari idea. Awal2 dahulu, aku mahu tulis pasal diri dan kehidupan seharian. Tapi, terasa amatlah bebal bila terbaca penulisan seperti diari orang lain. Kentut berapa kali pun hendak diperdebatkan. Berapa lelaki yang jatuh cinta dengan diri pun hendak dibangga2kan. Cinta cintun, sayang, rindu, sedih, romen, nangis, jiwa kacau, bunga2 sket, comel2 la. pundek la.
Lepas tuh, terfikir untuk menulis isu2 semasa yang terhangat di pasaran. Politik, artis kongkek sana sini, kaum suka berpiket, duit korup, semua aku belasah. Aku suka. Mungkin kerana tertarik dengan penulisan AJ. Bukan seperti beliau, tapi ikut acuan aku sendiri. Tapi lama kelamaan menjadi bosan. Bosan kerana menulis sebegitu sahaja. Sepesen.
Hendak menulis pasal muzik pula tidaklah searif mana. Lagipun dah cukup bersepah2 orang tulis pasal muzik mereka. Bajet semua muzik yang mereka dengar adalah paling in thing la. Terasa unik mungkin. Pendek kata mereka pun pundek juga.
Lepas tu, mahu menulis hal2 kerja. Tibe2, terasa seperti akulah manusia paling bosan dalam dunia ini. Cerita kerja camane, kluar minyak brapa banyak barrel arini, sain dokumen berapa kali la bla bla. Telur la. Pedulik apa kalo ko keje hebat sangat pun. Dah la separuh hari abis buat kerja2 ofis, separuh hari lagi abis tulis blog pasal keje kat ofis. 24 jam pikir makan tdo pasal ofis. Bosan gile. Bukan ko sorang je yang keje dalam dunia ni! detik hati aku. Itu pun tak menjadi.
Pasal makanan? Resepi? Masakan? Aku hanya tahu makan makanan sahaja. Menulis tentang makanan adalah jauh panggang dari api.
mmmm…menulis puisi sajak? memang tiada dalam perancangan. Sebab aku memang tak reti. Sumpah. Kalo hendak tunjuk pada dunia yang aku ini romantik jinjang, puisi sajak cinta cintan bukan pilihan aku, aku ada cara lain. Dan, bukan di blog.
Terkini aku mahu meletakkan gambar2 yang aku tangkap and edit. Terasa macam terer pun ada. Sungguh. Sampaikan rakan seofis aku mempelawa untuk menyertai beliau sebagai designer album kahwin selepas melihat semangat aku yang agak tinggi. Sumpah wei, aku tak tipu! Aku mmg bangga sangat2 tgk gamba2 yang aku edit walaupun tak seberapa. Aku bukan hendak merendah diri, tp dah mmg gambar aku edit tak seberapa pun. Semangat kan aku? Sehinggakan aku sanggup membuat satu blog baru hanya untuk meletakkan post2 sebegitu. Itupun aku rase seperti agak membosankan.
Lama2, aku dah malas nak pikir pasal konsep blog. Lepas ni aku nak tulis apa sahaja, selagi tak melanggar undang2 manusia dan paling penting, undang2 tuhan saya. Aku nak tulis isu2 berat pun bukan ade faedah pun. Bukan ada siapa pun yang peduli.
Sekarang. Semakin melarat, semakin malas. Dah takmo pikir pasal tema. Macam entri ini. Main tulis saja. Tanpa draft di kepala. Biarkan saja jari menekan merayap keyboard. Suka aku la kan. Kalo ko nak tulis pasal cinta ko, aku pun bole tulis. Kalo ko nak tulis pasal ko manusia paling cool paling hip dlm dunia, aku pun takkan segan silu menulis sebegitu jua. Suka aku la kan. Lepas ni aku nak tulis pasal sume bende yang aku sebut tadi…..
SUKE HATI LA WEYYYYYY!!!!!!!
Yeay..dah siap satu post….. J
P/s: maaf, aku bukan emo. Aku cuma pressure sebab kete kesayangan aku kene sagat masa parking td. Pundek tul.
Post a comment