PreMidLife Crisis
Di suatu petang yang hening….
Pernah ko terpk tak kenapa ko nak kawen? tanya seorang kawan pada aku.
“Erk? Apsal ko tanya?” Pelik aku.
“Ntah ah, sejak kebelakangan ni aku cam cuak do kalo pk pasal kawen.. menggeletar pun ade…awek aku pun dah stat…midlife crisis mula…bla bla bla…” berceritalah apa yang terbuku dalam kepala beliau.
Pendek cerita, beliau berkata…..
“Aku rase penyelesaian sume masalah aku skang, kawen. Aku kene kawen gak ASAP. Aku tak kire”
Gulp. Sabar bro…go slow….
aku tidak mahu komen bile kamu semua patut kawen. Pedulik apa aku bile kamu nak kawen ke tak, nak kawen ngan sapa, nak buat wedding kat mana…aku tak pedulik…kome sume nak wat atas kayangan pun none of my business. Tapi…
apa kamu ingat dengan kawen tu, semua masalah kamu semua akan selesai?
Sebelum kawen, keluarga asak kamu dengan soalan2 yang berpucuk pangkalnya memang mengarah ke satu tujuan, iaitu “Bila nak kahwin nih? Kalau tak ada teman lagi, auntie boleh je carikan. Ramai je yang tgh tgg nih. Anak auntie sofea tu yang baru grad medic tu… bla bla bla.”
Dan sesungguhnya kamu dengan bersahaja memberi jawapan klise “Nantilah dulu auntie. Muda lagi ni. Tak puas bujang. Tak nampak dunia lagi nih” sambil senyum2 perasan hensem kerana dapat bnyk offer.
Dan sesungguhnya jua mereka akan menyentap, “Muda apa kebendanya? Auntie masa umur kau ni, anak dah stengah dozen. Nak buat pasukan apa tuh..haa futsol pun dah boleh”
Seterusnya …. “Cilakak, dah ko kawen pun masa umur 15 tahun. Ingat ni zaman mat kilau lagi ke” hati kamu memberontak.
Dalam perasaan hangat bahana tadi, kamu pun terdiam dan segera merancang untuk berkahwin. Terus Rancangan Kawen yang ke Dua Belas diper cetak biru kan. Dua belas adalah bagi commemorate untuk meraikan sudah dua belas kali kamu disound oleh makcik2 berperangai Mama Jui di khalayak ramai terutama di kenduri kawen sepupu kamu yang lebih muda.
Kalau yang sudah ade pilihan, senang sedikit. Masuk minang, tunang, kawen. Kepada yang masih solo molo bertelor, kamu dengan paksa rela hatinya menerima dengan siapa saja yang sudi mengusha kamu ketika itu. Walau apa saja rupa dan perangainya. Masa itulah laungan cinta itu buta menjadi tema hidup kamu. Bersedialah, segala harta simpanan kamu selama ini akan dihapuskan dengan sekelip mata untuk menampung kenduri kendara sekadar untuk bermegah, biar kamu yang tanggung! kamu berjanji sumpah setia. Ayat2 biase dr pasangan “takpe la ayang, kite kawen ni sekali je seumur idup, biar memorable sket. Kite buat kat carcosa seri negara ye”. Tidak apa, demi cinta. Kamu menjadi pak turut saja. Cinta itukan buta.
Yeay, dah kawen. Detik hati kamu. Ahaa! Ketika itulah biasanya, selepas enam bulan, geng2 mama jui akan mengasak kau kembali, “ai, dah lama kawen nih, takkan kosong lagi? Anak Cik Nah yang baru kawen ngan posmen pun dah stat termuntah2 tu.”
Ketika itulah kamu akan buat muke senyuman paling busuk sebusuk nangka yang busuk untuk menahan perasaan marah, malu, segan, semua2 la.
Cilakak sekali lagi. Kamu mengeluh. Penat kamu berfikir siang malam. Sampai hendak kerja pun tak dapat konsentret. Tanpa kamu menyedari tuhanlah yang sebenarnya menentukan apa yang terbaik untuk kamu. Kamu hanya mampu beromen..errr berusaha dan bertawakal saja. Itu saja kamu perlu buat. Tapi tak selalunya kamu bernasib baik menjadi penembak tepat. Kadang-kadang, tanah di sana tak subur untuk dibajak. Kadang-kadang ditembak dengan peluru kosong saja, tak cukup belerang. Kadang2 senapang bole tersumbat. Senapang patah la katakan. Bole tembak 2-3 kali je. It’s all in the game.
Tu pun dah cukup baik kalo mendapat tanah yang tak buat perangai dan banyak songeh. Itu tak kene, ini tak kene, masuk tak cukup dalam, skil lama, boring, dan apa2 yang sama waktu dengannya. Terguris ego lelaki kamu. Bukankah itu sudah cukup tenat?
Oh! Lupe…Ada lagi yang lebih tenat.
Bila kau terpaksa berkahwin dan menanggung meneruskan hidup dengan terpaksa. Itu belum dikira kalau pasangan kamu mmg tidak serasi dengan kamu. Dan kamu sedar hal tersebut selepas anak dah masuk yang ketiga.
Demiiiittttttttttttttttttttt!!
Post a comment