Replikasi Reverbasi

Posted on May 16th, 2009 in Uncategorized by reedu

Saya sudah bosan. Serius. Midlife crisis? Another midlife crisis post…daymit…

 

Kamu pula? Jangan berlakon. Sedarkah kehidupan kamu semakin bosan. Bangun pagi, pergi keje, makan, balik kerja, makan dan tidur. Kepada para pembaca yang masih takut pada tuhan, sertakan sembahyang di celah2 aktiviti tadi. Kepada yang sudah berkahwin, sertakan pula senaman kongkek.

 

Kepada yang kurang takut, mereka bangun, minum kopi, sosial, mabuk, tidur, bangun, kopi, sosial, mabuk, tidur.Esoknya, sama sahaja. Bangun, kerja, makan, balik, tidur. Dan hujung minggu, rasa sedikit gembira kerana cuti dan tak payah bangun pagi. Sampailah kamu gol.  

 

Pernahkan kamu terfikir, adakah kehidupan ini secara keseluruhannya adalah proses pengulangan abadi? Perhati tempat kerja kamu. Semuanya adalah pengulangan. Mungkin nombor atau tulisan yang berubah. Rule tetap sama. Formula tetap sama. Proses tetap sama.  Tetapi, makian bos kamu mungkin berubah, daripada dier marah kamu ‘tau ke tak tau nih” kepada “bodoh laknat” atau “bebal cam lembu”, tetapi proses makian tetap berulang.

 

muzik? Mmm…sama juga. Muzik sama diulang2 dilaung2 dan diadun dengan melodi citrawarna sedikit. D major, C minor, G gurindam, apa2 la akan berterusan. Ketuk2 drum sket. Goreng2 gitar sket. Abis cerita. Lirik? Ahhh kacang. Ulanglah perkataan cinta sayu sedih mati kanser barah otak putus banyak kali, sure meletup. Ohh itu lagu melayu. Kalo lagu bahasa lain, elemen2 cinta sayu sedih mati tidaklah seperit lagu melayu.

 

Traffic Jam pun sama. Masuk simpang, kete penuh atas jalan, mengeluh, pasang radio, menyelit sana sini, lepas 2 jam baru sampai.  Kamu mengeluh macamane pun, jam tetap wujud. Takkan ade perubahan pun. Pusing2 mana pun jam gak. Esok pun sama.

 

Politik pula. Saya tidak mahu bercerita panjang. Dahulu seorang menabur janji. Seorang lagi menyangkal menyelar memberitahu dunia mereka adalah lebih baik. Kemudian menang menjadi ahli politik dan meneruskan tugas seperti ahli politik yg pertama td. Sama sahaja. Fakiu.  

 

Seks? Haaa, apa senyum2. Dah2, saya tak ingin berlucah disini.faham2 kamulah. Repetition jugak la pendek kata.  Gaji? AF? EPL? Lampu trafik? Putaran bumi? Sebutkan apa saja.

 

Jadi, untuk pengajaran hari ini, kamu janganlah mengeluh. Jika kamu rasa hidup kamu bosan, terimalah fakta bahawa dunia ini adalah tempat pengulangan. Seperti seks, jika pengulangan kamu itu kene pada masa dan bijak digunakan, pasti hidup kamu tidak sebosan mana.

 

Terimalah kebosanan pengulangan dengan hati yang terbuka. Kalo bos kamu suka maki kamu bodoh baghal setiap hari, pasti satu hari nnt kamu akan rase makiannya semakin hari semakin membosankan, lalu seterusnya kamu akan rase hidup kamu akan lebih ceria walau dimaki seteruk mana. Hanya golongan2 terpilih yg bijak dan kacak seperti penulis kacak ini mudah menyedari hal sedemikian. Jadi, hargailah pengulangan.

 




2 Responses to 'Replikasi Reverbasi'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'Replikasi Reverbasi'.

  1.    meloxy said,

    on May 17th, 2009 at 11:26 pm

    Hang sorang jek yang bosan. kawen tak kawen sume org ade commitment. hang sorang yang bangun pagi, pi keje, mkn, balik keja, makan dan tdo. Ini bukan hakikat pengulangan, hakikat kebosanan yang sedang membelengu penulis yang bosan. Hanya golongan2 seperti penulis yang membosankan, takde keje lain nak buat SELAIN drp bangun pagi, pi keje, mkn, balik keja, makan dan tdo.

  2.    reedu said,

    on May 24th, 2009 at 5:31 am

    fuh…aku sorang je ka rase camtu? dayme….

Post a comment